Tuesday, April 12, 2022

Cara meningkatkan keyakinan diri

1. Mulakan hari anda dengan positif

Tidak ada apa yang lebih menyedihkan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak baik. Kadangkala kerana marahkan orang lain, diri anda yang akan menerima kesan yang buruk. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari. Maka jadilah anda seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi pemusnah hari anda.

2. Simpan matlamat harian anda

Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan setiap hari. Seeloknya anda harus mempunya senarai lengkap matlamat anda yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segara perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun dari tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada sedar ataupun tidakm anda telah meningkatkan keyakinan anda.

3. “Hadiahkan” diri anda

Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya.

4. Tekankan kepada penampilan anda

Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas.

5. Pilih sahabat yang positif

Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan!

1 comment:

Cara meningkatkan keyakinan diri

1. Mulakan hari anda dengan positif Tidak ada apa yang lebih menyedihkan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak baik. K...